Monday, December 11, 2006

Bomoh Palsu


Dalam usaha mengubati penyakit ataupun apa jua keperluan manusia berkaitan perkara ghaib, pada hari ini ramai yang telah mengunjungi dukun dan bomoh. Antara pekara – perkara yang dirujuk kepada bomoh meliputi pengubatan pelbagai penyakit, meminta pelaris, pengasih, menambat hati suami,susuk, kebal, tangkal, mendapat anak dan lain – lain.
Perbomohan menjadi semakin popular pada masa ini kerana terdapat persaingan sengit bagi mendapatkan sesuatu, hazad dengki, ingin dikasihi dan dicintai, tidak yakin dengan diri sendiri, mencari jalan pintas dalam melaksanakan sesuatu serta malas berusaha.
Adalah diberitakan pelacur – pelacur juga dipercayai mengamalkan ilmu hitam untuk memastikan pellanggan sentiasa melanggani mereka. Ini menjadikan pelanggan sentiasa teringatkan mereka dan akan menjadi hamba kepada pelacur berkenaan.
Atas permintaan yang ramai inilah makin banyak wujudnya bomoh palsu dan juga bomoh cabul. Bomoh cabul akan mengunakan ilmunya dan perjajian mudah ini: ”Syarat menjadi ilmu ataupun pengubatan ini apa yang dilakukan oleh bomoh kepada anda tidak boleh diberi tahu kepada sesiapa, jika tidak buruk padahnya, penyakit tak sembuh bahkan lagi teruk, ilmu tak menjadi atau anda boleh jadi gila”. Inilah ayat ataupun perkataan yang diucapkan dan seterusnya apajua salah laku bomoh ini samaada, meraba, mengisap bahkan merogol pesakit pun tidak akan diberi tahu oleh seseorang !.
Banyak yang telah terkena ! Oleh itu hati – hati dalam mencari penawar penyakit untuk anak perempuan dan isteri, jika tidak duit habis maruah anak isteri tergadai. Gambar yang dipaparkan adalah jelas apa yang berlaku. !.
Jika anda mengidap penyakit berjumlah doktor pakar di beberapa hospital. Jika anda disahkan sihat secara fizikal tapi anda masih lagi sakit, carilah mereka yang arif, alim dan berwibawa dalam bidang pengubatan tradisional ini seperti ustaz dan seumpamanya dan sentiasa berdoa agar Allah s.w.t sembuhkan penyakit anda.

Ingalah firman Allah dalam Al-Quraan surah Al Maa-idah ayat 55;

Sesungguhnya penolong kamu hanyalah Allah, Rasul-Nya, dan orang – orang yang beriman, yang mendirikan solat dan menunaikan zakat,seraya mereka tunduk (kepada Allah).

Olehi itu fahamilah makna ayat diatas semuga kita semua terselamat dari angkara bomoh cabul ini.

No comments: