Friday, April 27, 2007

Benteng Diri Dari Sihir dan Makhluk Halus

Tontonlah dan belajar daripada pakar



Untuk memiliki CD supaya lebih jelas, pesan daripada:

MORAPIS EDAR
31B, Tingkat 1 Jalan Wawasan Ampang 2/1
Bandar Baru Ampang
68000 Ampang Selangor Darul Ehsan
No. Telefon : 03-4296 4661 / 03-4296 4662
No. Fax : 03-42973763

Kunjungi lawan web: http://www.morapis.com.my

Wednesday, January 31, 2007

Santau

Alam ghaib kali ini akan membicarakan berkaitan dengan SANTAU. Santau merupakan satu jenis ilmu yang banyak digunakan oleh orang - orang dahulu untuk menganyakan orang atau musuhnya. Santau boleh membunuh seseorang kerana ia merupakan racun yang dikenakan oleh pengamalnya kepada orang lain.

Pada kebiasaan santau akan dikenakan melalui makanan. Walaubagaimana pun ianya boleh dikirim atau dihantar kepada orang berkenaan melalui angin pada waktu malam semasa orang berkenaan sedang tidur.

Tanda kebiasaan orang terkena santau ini ia akan batuk yang kuat disertai dengan keluarnya kahak berdarah dengan banyak. Orang ini akan sakit, kurus tak selera nak makan dan seterusnya boleh membawa maut !.

Bahan yang digunakan untuk santau ini adalah miang buluh, serbuk kaca yang ditumbuk halus ataupun ulat bulu yang kemudian dijampi dan di kenakan kepada orang yang didengki ataupun pengamal santau mengambil upah untuk mengenakan orang lain.

Menurut cerita daripada seorang pengamal ibu santau, pengamal ini perlu melepaskan santau berkenaan setiap tahun kepada sesorang, jika tidak ibu santau itu terkena pada diri sendiri. Pengamal ini juga telah meninggal dunia kerana terkena santau sendiri. Mungkin juga dia sudah tidak sanggup hendak melepaskanya pada orang yang lian.

Walaubagaimana pun dia sempat memberi petua mudah untuk kita amalkan bagi mengatasi amalan santau ini. Caranya mudah sahaja, iaitu kemana sahaja anda pergi, sentiasalah membawa biji selasih pada kadar segenggam. Jika selepas makan sesuatu hidangan dikedai, tekak anda terasa gatal, bancuhkan biji selasih berkenaan dengan air, dan ia akan menjadi satu minuman pekat yang penuh dengan lendir..Minum air biji selasih ini dan telan. Insya Allah, lendir daripada biji selasih ini akan menarik bentuk santau yang berada di kerongkong anda dan melekatkan pada lendirnya dan dapat dibuang semasa anda membuang air besar.

Ada juga yang memaklumkan supaya kita sentiasa membaca surah al Fatehah serta surah 3 Qul, ayat seribu dinar, untuk menjadi pendinding diri daripada hasad dengki dan pelbagai sihir.